FONCY : MALWARE MENYERANG ANDROID
Salam..sekarang selepas sekian lama sistem operasi android keluar symbian seakan-akan teggelam..tapi aku still suke symbian huhuhu...mybe android lebih canggih dan lebih mesra pengguna..tapi secanggih-canggih android tetap tidak kebal dari ancaman.Terdapat penemuan malware baru,gerak kerja seakan-akan malware yang pernah menyerang platform symbian,untuk pengetahuan newbie malware ialah kependekan bagi "malicious software" iaitu kod jahat yang di tulis oleh penjenayah siber dengan tujuan menggangu sesuatu sistem.Malware baru yang menyerang platform android di kenali sebagai FONCY yang mula-mula didedahkan oleh Denis Maslennikov dari kaspersky.Ia kini merebak di perancis dalam bentuk "pendail" automatik yang bermakna ia menghantar khidmat pesanan ringkas ( sms ) ke nombor lain tanpa persetujuan pengguna.Malware ini di katakan merebak melalui aplikasi yang bernama SuiConFo.
KLIK UNTUK BESARKAN |
Apabila pengguna memasang malware pada peranti,ikon SuiCoFo muncul dalam menu pelancaran peranti dan sebaik sahaja di buka,ia akan memaparkan ralat
" ERROR : Android version is not compatible"
..ketika pesan terbabit keluar,tanpa kita sedari virus trojan secara senyap akan menghantar 4 sms kepada senarai nombor tertentu bertujuan menghantar spam.Pengguna akan kerugian sekitar RM70.Sebenarnya,aplikasi SuiConFo adalah aplikasi yang selamat,asalkan anda memuat turun dari pembangun yang sah iaitu Alou.Oleh itu,di harap pengguna Android lebih berhati-hati kerana tidak lama lagi akan muncul varian-varian virus,trojan dan malware yang semakin ganas menyerang.Atau mungkin Android akan menjadi seperti symbian yang di ancam pelbagai ancaman pada masa hadapan.
KLIK UNTUK BESARKAN |
( Info jahat aku : korang leh edit kod malware ni,compile je,ubah nombor kat dalam tu ngan ayat dia,buat jadi malay version,kod dia mcm python sikit huhuhu )