COMODO SECURE DNS : BYPASS SEKATAN DAN SELAMAT KETIKA BERINTERNET

Sebelum ke penerangan utama,saya akan terangkan terlebih dahulu apa itu DNS bagi yang tidak tahu.Saya sendiri pun belajar dari pembacaan.

Sistem Nama Domain ( Domain Name System ) atau DNS merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan nama domain di jaringan, seperti di Internet. Paling penting, ia memberikan alamat IP bagi setiap nama hos, dan senarai pelayan penukaran mel ( mail exchange server ) yang menerima mel bagi setiap domain.

DNS memainkan peranan penting bagi Internet, kerana perkakasan memerlukan alamat IP untuk melaksanakan penghalaan ( routing ), tetapi manusia menggunakan nama hos dan nama domain, sebagai contoh, Penentu Sumber Seragam ( Uniform Resource Locator ) URL dan alamat e-mail. ( SUMBER : MS.WIKIPEDIA )

Jadi secara umumnya,DNS default pada jaringan yang kita guna adalah DNS daripada pihak ISP internet yang kita langgani.Kebiasaannya,DNS default ini tidak akan memberi kebebasan mutlak kepada anda untuk melayari internet,kerana terdapat sesetengah laman web di sekat.Oleh itu,kita perlu menukar DNS default kita kepada DNS yang lebih baik.Maksud saya DNS yang lebih baik adalah DNS yang tidak menyekat kebebasan kita dan selamat untuk di gunakan.Oleh itu saya mencadangkan anda menggunakan DNS dari pihak Comodo.Kelebihan DNS ini ialah selamat kerana setiap laman yang anda akan kunjungi akan di imbas terlebih dahulu oleh pihak comodo bagi memastikan laman tersebut selamat daripada segala anasir yang tidak baik seperti virus,malware dan trojan yang boleh merosak dan mencuri data anda seperti pishing page.Tambahan pula,turut memberi kebebasan kepada anda untuk melayari laman yang telah di sekat oleh ISP anda.Segala yang saya nyatakan saya telah mencubanya dan 100% berkesan .


PRIMARY        :  8.26.56.26
SECONDARY :  156.154.70.22



Kalau tak tahu camne nak guna,sila nyatakan pada ruangan komen.