TUTORIAL MEMBINA ICMP TUNNEL
Agak sukar sebenarnya saya nak share tutorial ini,maklum lah tutorialnya agak rumit tetapi saya takut saya juga akan lupa ilmu yang berguna ni satu masa nanti.So,lebih baik rasanya simpan kat blog ni sebagai rujukan masa depan.Apa itu ICMP..Menurut penerangan ringkas lagi padat daripada DoRsH Omghackers.com :
Apa itu ICMP? Ia adalah singakatn untuk (Internet Control Message Protocol), di mana ia adalah protokol yang digunakan untuk membantu "error handling" dan prosedur pengaturan "control procedure". Protokol ini bekerja pada "network layer" dan berurusan dengan servis sambungan "connection services". Tugas ICMP adalah menyediakan pengendalian ralat (error control ) dan pengendalian arus (flow control) pada network layer.
Kegiatan yang berjalan di Internet dipantau secara teliti oleh router. Jika terdapat sesuatu yang tidak diingini, kejadian tersebut akan dilaporkan oleh ICMP. ICMP mengesan keadaan ralat (error) seperti kesesakan internetwork (internetwork congestion) dan hubungan yang terputus, lalu memberitahu IP (Internet Protocol) dan protokol pada layer atas sehingga paket-paket dapat dihantar ke tempat yang bermasalah.
Kadang kala ada network yang menghalang semua port TCP dan mengawalnya, tetapi masih lagi mempunyai PING yang baik ke atas internet. Kenapa tidak guna sahaja ICMP packet untuk membuat terowong (tunnel) ke atas internet dan seterusnya menggunakan internet.
Jadi saya akan memberi tutorial ringkas untuk bina sendiri ICMP Tunnel.Maaflah kalau tak faham.
KEPERLUAN UTAMA YANG PERLU ADA
- VPS - Usahakan yang trial untuk pembelajaran dan OS linux debian,sebab saya hanya mahir pada Os linux debian.
- Tunnerlier - Untuk login ke shh anda di VPS.
- Ptunnel - Icmp tunnel
- WincPcap - Port Forward
- Proxifier - Jadikan ICMP Tunnel seperti VPN
Pastikan anda telah ada host dan port shh vps anda,normalnya 22,username dan password juga.
LANGKAH 1 : INSTALL PTUNNEL DALAM VPS
- Install Tunnerlier dan open.
- Masukkan segala maklumat VPS anda seperti host dan port pada sebelah kiri dan username dan passowrd pada kolum sebelah kanan.
- Login sehingga keluar Comand Prompt,Masukkan syntax berikut untuk install ptunnel :
apt-get update
apt-get upgrade
apt-get install ptunnel
ptunnel $4. Ptunnel $ adalah untuk jalankan Ptunnel anda pada VPS.
LANGKAH 2 : SETUP ICMP TUNNEL
- Logout vps anda pada Tunnelier tapi jangan close lagi.
- Cut Ptunnel.exe yang anda telah muat turun,paste pada directory system32 supaya mudah nak paggil balik guna CMD.
- Buka CMD dan Taip syntax di bawah :
ptunnel -p Host anda -lp 8080 -da 127.0.0.1 -dp port host anda
4. Gantikan data yang berkaitan dengan data anda seperti yang di nyatakan.
5. Pada tunnerlier tukar host dan port kepada 127.0.0.1 dan port 8080
6. Pergi pada kolum service dan tanda ENABLE pada SOCK / HTTP FORWARDING dan setkan
kepada 127.0.0.1 port 1234
LANGKAH 3 : JALANKAN ICMP TUNNEL
- Selepas semua dah setup,klik login pada tunnerlier.
- ICMP tunnel anda telah berjalan.
- Supaya icmp tunnel anda menjadi VPN,buka proxifier pergi ke options > Proxy Settings
- Masukkan Address dan Port seperti berikut :
Address 127.0.0.1 Port 1234
Jalankan browser anda,jika berjaya cuba periksa IP anda samaada telah berubah atau tidak.Jika berubah anda telah berjaya menggunakan Icmp tunnel anda.Maaf jika tutorial saya membuatkan anda pening.jika ada sebarang pertanyaan sila nyatakan pada ruangan komen.