CARA SET AUTO SHUTDOWN IDM

Mungkin ramai di kalangan anda suka melakukan muat turun pada waktu tengah malam,kerana sambungan internet lebih pantas dan stabil.Sama seperti saya,selalunya ia melibatkan fail yang bersaiz besar.Sebenarnya,kita tidak perlu menunggu sehingga proses muat turun kita selesai,biarkan komputer bekerja.Kita hanya perlu menetapkan beberapa tetapan pada IDM,salah satunya adalah supaya komputer kita shutdown dengan sendirinya apabila muat turun selesai.Mungkin di saat muat turun kita telah selesai,kita masih tidur.Oleh itu,berlaku pembaziran tenaga elektrik dan jangkahayat komputer anda.Apabila anda melakukan tetapan ini,dua kemungkinan apabila anda bangun pagi,anda dapati komputer telah shutdown,pertama,muat turun anda telah selesai dan kedua,bekalan elektrik rumah anda mungkin terputus hehehe...cara bagi melakukan tetapan ini adalah seperti di bawah :

Apabila ada memuat turun sesuatu fail,maka paparan seperti di bawah akan muncul,sila pilih kolum yang ke-3 ( option on completion ) seperti dalam gambar.

LANGKAH 1

Seterusnya,lakukan tetapan seperti di bawah :
  1. Hilangkan tanda pada Show Download Complete Dialog.
  2. Tanda pada Turn off computer when done.
  3. Tandakan juga pada Force Processes to terminate.

LANGKAH 2
Done!!!