KEMBALIKAN TILE "ME" PADA WINDOWS PHONE

Semalam saya cuba menyusun atur kembali Live Tiles pada windows phone 8.1 saya,dan saya telah unpin beberapa Tile dengan harapan saya dapat restore kembali pada masa akan datang,namun bagi aplikasi lain,memang mudah untuk mengebalikan Tile yang telah di unpin.Namun,bagi tile ME,tiada aplikasi yang khas untuk menerbitkan tile ME kembali.Akhirnya saya buntu untuk mengembalikan tile tersebut.Jadi saya google penyelesaiannya dan hasilnya saya telah jumpa penyelesaian masalah ini di laman Microsoft Community,bagi pengguna Windows Phone yang mengalami masalah sama seperti saya,sila lakukan seperti di bawah :


    1. Pergi ke START skrin dan tekan pada tile People.
    2. Maka akan kelihatan gambar profile anda. 
    3. Klik pada gambar tersebut.
KLIK HERE

               4. Sila lihat pada bahagian bawah dan anda akan dapati terdapat simbol "push pin".

 
KLIK HERE

     5.  Klik pada simbol tersebut,maka anda akan dapati tile Me akan keluar pada Start Screen anda.  
     6. Sekarang anda boleh mengubah kedudukan tile tersebut di mana sahaja anda suka.
success