SOFTWARE MENGECILKAN UKURAN PDF

Pada artikel petang ini,saya akan kongsikan kepada anda semua sebuah software yang sangat bermanfaat untuk mengecilkan saiz ukuran fail PDF.PDF adalah singkatan ringkas bagi Portable Document Format adalah merupakan format yang sangat popular bagi fail berbentuk dokumen.Fail yang berformat PDF biasanya di gunakan untuk melingdungi hak cipta sesebuah dokumen atau sebagai sebuah fail yang di gunakan untuk di kongsikan kepada pihak lain.Bagaimana jika fail PDF yang ingin kita kongsikan bersaiz terlalu besar,proses upload pula pasti akan memerlukan tempoh masa yang panjang,pasti kuota juga akan lebih banyak di gunakan,di tambah pula kelajuan internet yang tidak seberapa.Segala persoalan ini dapat di selesaikan dengan menggunakan sebuah software keluaran ORPALIS yang bernama PDF REDUCER.Pdf Reduser adalah merupakan sebuah software yang di gunakan untuk mengecilkan saiz pdf anda tanpa ada data yang hilang.Pdf Reducer mempunyai versi percuma dan juga berbayar.Namun,hasil ujian yang telah di jalankan oleh saya pada versi percuma sudah memuaskan.Cuba perhatikan perbandingan fail di bawah setelah menggunakan Pdf Reducer :

Saiz Sebelum
Saiz Selepas
Cuba Perhatikan perbezaan saiz di atas,cukup berbaloi kan.Di bawah adalah cara-cara menggunakan perisian ini :

CARA MENGGUNAKAN PDF REDUCER

  1. Pilih Folder yang mengandungi fail pdf yang ingin di kecilkan pada ruangan Source.
  2. Seterusnya,pilih destinasi fail yang ingin di simpan selepas fail di kecilkan pada ruangan Destination.
  3. Klik Start Batch untuk memulakan proses.
  4. Jika anda ingin mengubah tetapan mengikut citarasa anda,klik pada Options.
  5. Jika anda ingin mengecilkan lebih daripada satu fail,sila ubah tetapan pada Threads kepada tetapan yang sesuai.

Bagi yang berminat ingin mencuba software ini,sila muat turun pada pautan di bawah :

Official Site ORPALIS