MAXIS B.BAN : SELESAIKAN MASALAH DENGAN E-MAIL FAULT REPORT

Sekian lama tak update blog akibat daripada masalah pencawang utama yang telah di pindahkan dari tapak asal.Hal ini telah menyebabkan aku tak dapat online dekat sebulan.Di sebabkan aku tak tahan sangat,aku terus call customer service maxis untuk melaporkan masalah internet di area kampung aku yang tak berfungsi.Hasilnya,tetap gagal kerana operator gagal memahami masalah aku,Mybe di sebabkan faktor bahasa komunikasi di mana operator yang bercakap dengan aku tu bangsa india huhuhu.

Tapi aku tak putus asa,2 3 hari lepas tu aku call lagi customer service,aku di tendang ke sana,ke sini macam bola sepak final Euro 2012.Sekali lai,GAGAL!!...Aku buntu,rase macam lemas sebab takde internet,aku cuba masuk site hotlink,mana tahu aku dapat bagitau masalah aku kat sana.Pusing punya pusing,aku jumpa lah tempat untuk buat aduan melalui E-mail.Terus aku buat aduan aku.

Semasa nak tulis e-mail tu ada pelbagai check box yang kena tanda dan kena isi bergantung pada masalah yang korang hadapi.Lepas send e-mail tu dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dia akan reply.Macam aku dia reply macam ni :

KLIK UNTUK BESARKAN


Aku pun bagi semua maklumat yang dia nak untuk siasat :

KLIK UNTUK BESARKAN


2 3 hari lepas tu,pihak maxis reply e-mail seperti di bawah :

KLIK UNTUK BESARKAN


YESS!!..masalah aku selesai dalam tempoh 1 minggu,agak lama tapi berbaloi huhuhu..Cara untuk send E-mail untuk aduan masalah ialah seperti di bawah :

1.Untuk tidak memeningkan korang cari,aku bagi direct link http://www.maxis.com.my/help/contact_us.asp

2. Klik macam gambar kat bawah,seterusnya isi apa yang dia mintak dan SUBMIT

KLIK UNTUK BESARKAN



SETLEEE!!!!