Showing posts with label INTERNET. Show all posts
Showing posts with label INTERNET. Show all posts

LAJUKAN INTERNET DENGAN DNS JUMPER 2.1


Sekarang dah masuk tahun 2018 , akses internet telah menjadi seperti satu keperluan bagi setiap masyarakat dunia.Namun, dalam arus teknologi internet yang semakin ke hadapan,kita masih terganggu dengan masalah-masalah intenet seperti masalah kelajuan yang kadang-kadang cukup menggangu aktiviti pelayaran kita.Tetapi, terdapat altenatif atau tweak yang boleh di cuba bagi mengurangkan masalah ini.Kaedah yang akan saya cuba aplikasikan ini adalah dengan menukar DNS kepada DNS yang lebih pantas.sebelum kita terlajak lebih jauh.Pastikan anda tahu,apa itu DNS.DNS secara jelasnya di terangkan oleh Amanz.my pada pautan berikut MARI MENGENALI DNS.


Tutorial pada kali ini saya akan menerangkan cara menggunakan DNS jumper untuk mencari DNS terpantas :


APA YANG ANDA PERLUKAN

1. Otak Dan Akal - Compulsory.
2. Muat Turun Perisian DNS JUMPER 2.1.ZIP
REMARK : Selesai muat turun sila extract file anda dalam satu folder.

LANGKAH SETERUSNYA
1. Klik pada DnsJumper.Exe , maka paparan berikut akan muncul.



2. Klik Pada Fastest DNS



3. Klik pada Turbo Resolve - unit ukuran adalah millisecond,jika tidak pasti tetapkan default.






4. Klik pada Start DNS Test


5. Tunggu sehingga selesai , maka DNS terpantas akan di paparkan sebagai hasilnya,
Klik pada Apply DNS Server.



Selesai..!!

Note : Selain daripada melajukan internet, anda juga boleh melayari laman web yang telah di sekat.

HACK LOGIN FORM KAEDAH BRUTE FORCE

Malas nak kerja hari ni,so saya akan merapu kat blog ni dengan artikel yang saya rasa mungkin salah satu ilmu hacking kuno yang masih di guna pakai.Kalau kena gayanya,memang berkesan.Bergantung kepada teknik anda & IQ anda hahaha.Pernah dengarkah teknik BruteForce.BruteForce adalah salah satu teknik hacking yang di lakukan dengan cara meneka kata laluan mangsa.Namun harus di ingat,setiap teknik pasti ade kelemahannya,akan di bincangkn secara lebih mendalam pada topik seterusnya.


Secara ringkasnya,teknik ini akan berkesan dengan gabungan daripada teknik-teknik berikut :

1.Social Engineering - Teknik memanipulasi mangsa untuk mendapat kan sesuatu maklumat.
2.Foot Printing - Pengumpulan data-data mangsa bagi di jadikan database.
3.Brute Form Program - Meneka kata laluan mangsa

Saya tidak akan mengajar anda dengan lengkap,tapi teorinya saya akan bagi sama seperti yang pernah saya cuba,dan ianya berhasil.

SOSIAL ENGINEERING

1.Tetapkan Target Anda,Sebagai contoh anda ingin mengusai akaun Facebook si Fatin ( bukan nama sebenar).

2.Cuba berbaik-baik dengan Fatin,dapatkan seberapa banyak maklumat daripada Fatin,pastikan Fatin tidak mengesyaki anda.Maklumat-maklumat yang perlu anda dapatkan adalah seperti berikut sebagai contoh :

- E-mail
-Tarik lahir
- IC number
-No Plat kenderaan
-Nama haiwan kesayangan
-No Telefon
- Nama kekasih
- Id wechat
- nama ibu bapa

dan pelbagai lagi maklumat.

3.Segala maklumat ini akan di gunakan sebagai kebarangkalian password.


FOOT PRINTING1.Setelah anda berjaya mendapatkan pelbagai maklumat mangsa anda dengan kaedah Social Engineering,bina database password anda dengan mnggunakan kaedah Foot Printing.

2.Kumpul segala maklumat yang anda telah dapat dan cuba kombinasikan maklumat-maklumat tersebut kepada kebarangkalian password mangsa anda.Perlukan Self Instinct dan IQ yang tinggi untuk kerja-kerja ini.

Contoh kombinasi tersebut :

- fatin1992 ( Nama + tarikh lahir)
-fatinzainal92 ( Nama +nama ayah+ tarikh lahir)
- TAK8998 ( Plat Number )
-comot4325 ( Nama Pet & Ic)

dan macam-macam lagi.

3.Kumpulkan dalam bentuk .txt. bagi di jadikan database ayang akan di gunakan semasa BruteForce.


BRUCE FORCE PROGRAM


Terdapat pelbagai brute force program antaranya yang terkenal Brutus Aet,tapi saya mencadangkan anda menggunakan add-Ons Mozilla yang bernama Fire Force.Saya telah menggunakan ini dan ianya terbukti berkesan untuk login page method POST & GET.


https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/fireforce/
FireForce Addons

1.Setelah anda selesai anda memasang addons ini,restart Mozilla anda.
2. Pergi ke Login Page Facebook,masukkan e-mail target.

3.Pada form Password,Righ Click dan Klik pada Fire Force seperti gambar di bawah .



4.Masukkan Database.txt anda,maka akan keluar paparan seperti berikut,sila masukkan  greetings yang akan menunjukkan login berjaya dan pilih Successfull.

5.Klik SAVE,Brute force anda akan bermula dan sila tunggu hasilnya.Jika berhasil menemukan password mangsa,paparan seperti berikut akan kelihatan.



Teori saya bagi,selebihnya bergantung kepada anda.

BUAT DUIT DENGAN LYNK.MY


Pernahkah anda mendengar tentang servis memendekkan link/URL..?? atau dalam bahasa ringkasnya "URL SHORTENER".Selalunya servis ini banyak yang di tawarkan dari luar negara.Terdapat servis seperti ini percuma & terdapat juga servis seperti ini yang mendatangkan income kepada anda walaupun secara pasif.Salah satu servis "URL SHORTENER" yang popular dan di percayai adalah http://Adfoc.us//
Ini adalah salah satu servis yang saya gunakan sehingga ke hari ini dan masih aktif manjana income kepada sya secara pasif.Berikut antara cash out yang pernah berjaya saya lakukan.


Namun begitu,sekarang kita telah dapat menikmati servis "URL SHORTENER" daripada Malaysia.Servis yang di beri nama LYNK.MY ini menawarkan servis yang sama seperti adfoc.us dimana setiap klik yang anda terima akan di bayar.Saya masih berada di peringkat percubaan,so,masih banyak lagi perkara yang saya belum kaji.Paparan di bawah adalah akaun  LYNK.MY saya :


Saya akan cuba lakukan sehinga cash out pertama untuk menilai sejauh mana kebenaran servis ini,bagi anda yang berminat ingin mencuba,bolehlah berkunjung ke pautan berikut untuk pendaftaran :


http://lynk.my//



Hotspot Shield Elite 5.20.10 Setup + Crack

Pada artikel kali ini saya akan kongsikan satu VPN yang agak terkenal di kalangan-kalangan pemburu VPN.Kebanyakan VPN terlalu mahal untuk di langgan pada hari ini,oleh itu saya akan berkongsi dengan anda VPN ini secara percuma.VPN yang bernama
Hotspot Shield Elite  mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Hotspot Shield Elite VPN, Virtual Private Network, service adds a layer of "must have" protection when connecting your computer to the Internet by establishing a secure tunnel. The secure tunnel uses VPN technology to keep your online identity and information safe from hackers and snoopers. Hotspot Shield Elite allows you to browse the Internet anonymously. As you move around the Internet, your information cannot be tracked. Elite's service exchanges your IP address for an Elite IP address, keeping your information secure and private. Elite's VPN service provides access to Expats and Travelers' favorite sites when away from home. Plus, Elite users enjoy complete malware protection from over 3 million known and suspected web domains including Malware, Illegal or Phishing, Infected and Spam sites and Content Farms. Most trusted consumer VPN, used by more than 10 million users in over 50 countries.Only VPN that allows you to remain 100% anonymous.

Saya sendri memakai service VPN ini,setakat ini bagi saya amat memuaskan,di tambah pula versi yang di gunakan adalah versi Elit,di mana ianya adalah Premiun.


Bagi yang berminat ingin mencuba service yang di tawarkan oleh VPN ini,sila muat turun pada pautan di bawah:

Hotspot Shield Elite 5.20.10 Setup + Crack - {Core-X}
Hotspot Shield 5.20.10 Setup & Crack


HOW TO INSTALL

1. Install Hotspot Shield Using Setup Given.

2. Right Click On Updater File from Setup Folder & Click Run As Administrator.

3. Wait Till Hotspot Shield Launches & Close It.

3. Run Activator & Click On Activate Button.

4. Wait till a message comes up.

5. That's It ! Enjoy














IDM 7.1 FULL CRACK:NO CRACK OR PATCH NEEDED

Artikel pada kali ini adalah berkaitan dengan IDM ( Internet Download Manager ).IDM yang bakal di kongsi oleh saya pada kali ini adalah versi 7.1 di mana ianya tidak memerlukan sebarang crack,patch atau key untuk mengaktifkannya.Anda hanya perlu install dan pakai.Oleh itu,IDM ini dapat memudahkan mereka-mereka yang tidak pandai untuk melakukan crack menggunakan patch terutama kaum hawa yang cukup sinonim dengan perkataan "Tak Pandailah" huhu,jangan  marah ye.Selain itu,anda akan dapati juga antaramuka IDM ini agak lain daripada IDM sebelum ini,maksud saya tema yang di gunakan untuk icon dan warna agak berbeza tetapi masih mengekalkan kedudukan tetapan seperti asal.IDM ini bukanlah berasal daripada pihak pemaju IDM iaitu Tonec,tetapi IDM ini adalah merupakan IDM telah di modifikasi untuk memudahkan pengguna.Jika anda ingin mencuba,muat turun pada pautan di bawah :

IDM 7.1 UI


Via Hostr
Via Shared
Via Mega
Via UsersFile


CASHOUT PERTAMA DARIPADA ADFOC.US

Adfoc adalah merupakan sebuah perkhidmatan memendekkan URL yang membayar anda.Sama seperti saingan terdekatnya iaitu adf.ly.Namun,wujud khabar angin yang mengatakan bahawa adfoc tidak membayar para pelanggannya.Oleh itu,artikel saya pada kali ini adalah berkenaan pembuktian sebuah kebenaran.Hasil pencarian dan tinjauan saya pada google,kira-kira 50% pengguna mengatakan adfoc membayar mereka,manakala selebihnya mengatakan adfoc adalah scammer.Dan hasil tinjauan tersebut juga mendapati terdapat mereka yang tidak menerima pembayaran hasil daripada menggunakan cara yang salah untuk menjana pendapatan daripada adfoc,iaitu dengan melanggar syarat-syarat yang telah di tetapkan.Semestinya,jika anda menggunakan taktik kotor seperti auto klik atau sebarang script yang dapat menjana klik,anda tetap memperolehi ganjaran dan terus meningkat dari masa ke semasa.Namun,masalah akan timbul apabila anda ingin cash out,akaun anda mungkin akan di kenakan Red Flag.


RED FLAG
Sebelum anda menuduh pihak adfoc,terlebih dahulu anda membaca terma dan syarat yang telah di tetapkan.Tidak di nafikan apabila akaun anda di kanakan Red Flag,cukup sukar untuk pihak adfoc membantu anda,samaada anda menghantar tiket atau apa jua cara.Pihak adfoc seolah-olah mengenakan hukuman muktamad apabila anda di kenakan Red Flag.Jika masih berbaki semangat untuk mencuba lagi,sila daftar akaun baru dan bersikaplah jujurlah semasa anda menjana setiap klik.

HASIL CASHOUT PERTAMA


Tepatnya 12 May 2014,saya memperolehi hasil pertama saya daripada pihak adfoc,minimun untuk anda reques payment adalah $10.Akaun saya telah mencukupi nilai tersebut semasa 7 May 2014,oleh itu saya telah reques payment pada tarikh tersebut dan selepas 5 hari saya telah memperolehi pembayaran saya melalui paypal.

Cash Out Pertama



Dengan ini terbuktilah pihak adfoc bukanlah scammer seperti yang telah di uar-uarkan oleh pihak tertentu tanpa menyiasat terlebih dahulu.Jika anda berminat untuk mendaftar akaun adfoc pertama anda,sila klik pada pautan di bawah :



Pendaftaran Adfoc











CARA CARI PROXY AKTIF

Tak perlu saya perjelaskan apa itu proxy,bagi yang tak faham sila google sendiri ye.Tutorial yang akan saya tulis kali ini adalah kaedah mencari proxy yang dapat di gunakan untuk melayari internet atau di gunakan bersama aplikasi bot yang memerlukan pertukaran proxy yang kerap.Malahan,proxy juga dapat melindungi identiti pelayaran anda namun tidak sehebat VPN ( Virtual Private server ).Sesetengah forum mungkin melakukan sekatan terhadap ip proxy tertentu.Oleh itu,di sini peranan proxy sangat di perlukan.Terdapat pelbagai kegunaan lain proxy selain yang telah saya nyatakan,berbalik kepada topik asal,di bawah adalah tutorial bagi mencari ip proxy yang masih aktif dan pantas :


Muat turun terlebih dahulu aplikasi yang akan di gunakan :

ProxyFinderEnterprisev2.5.rar [ 214.7 KB ]
ProxyChecker_v1.4.zip [ 3.7 MB ]
SnPGnC-By-Gr3eNoX.rar


1.     Lakukan scanning ip proxy dengan menggunakan ProxyFinderEnterprise,klik scan tunggu sehingga selesai :

KLIK UNTUK BESARKAN

Apabila proses scanning telah selesai,sila save ip proxy yang telah anda perolehi.Untuk pengetahuan anda,ip proxy yang anda perolehi ini perlu di pastikan samaada aktif atau pun sebaliknya dengan menggunakan ProxyChecker.

2.     Buka Proxychecker,klik pada Read From File dan pilih fail proxy yang telah anda save tadi.Seterusnya klik Test,tunggu sehingga selesai.Ip proxy yang aktif akan keluar pada kolum sebelah kanan.Sila save.

KLIK UNTUK BESARKAN
Seterusnya adalah proses memilih ip proxy yang terpantas,supaya penggunaan yang lebih mantap.

3.   Sila Buka SnPGnC dan pilih Import seterusnya Check dan tunggu sehingga proses selesai.Ip proxy yang terpantas dan terbaik akan berada pada kolum sebelah kanan.Sila pilih Export untuk save dan siap untuk di gunakan.

KLIK UNTUK BESARKAN
Jika anda ingin gunakan pada browser internet anda,berikut saya sertakan panduan mengubah ip proxy mengikut browser :

Internet Explorer:

  1. Buka program Internet Explorer
  2. Klik menu Tools > Internet Options > Connections
  3. Klik di koneksi yang Anda gunakan (modem atau LAN?). Klik butang Settings
  4. Tanda pada kotak Use a proxy server for this connection
  5. Isikan nombor proxy dan port pada ruangan masing-masing.
  6. Tanda pada kotak By pass proxy server for local addresses
  7. Klik butang OK > OK
  8. Selesai. Sekarang check IP Anda adakah sudah berubah atau belum dengan mengklik DI SINI Jika sudah berubah bererti proses setting proxy sukses. Jika belum berubah, atau berlaku ralat, maka cuba nombor proxy yg lain.
Note : Jika ip proxy pada IE di ubah,maka chrome anda juga turut menggunakan ip proxy tersebut.

Mozilla Firefox:

  1. Buka program Firefox
  2. Klik menu Tools > Internet Options > Advance > Network
  3. Di bagian Connection klik butang Settings
  4. Muncul jendela Connection Settings
  5. Pilih Manual proxy configuration
  6. Isikan nombor proxy dan port pada ruangan masing-masing.
  7. Tandakan pada kotak Use the proxy server for all protocols
  8. Klik tombol OK > OK
  9. Selesai. Sekarang check IP Anda apakah sudah berubah atau belum dengan mengklik DI SINI Jika sudah berubah bererti proses setting proxy sukses. Jika belum berubah, atau malah error, maka cari nombor proxy yg lain.
Selamat mencuba..

CONNECTIFY PRO 5.0.1 FULL WITH SERIAL KEY

Connectify adalah merupakan sebuah software yang berfungsi menjadikan komputer anda sebagai hotspot bagi berkongsi jaringan internet dengan peranti lain.Secara ringkasnya,laptop anda akan bertindak sebagai modem wifi.Kelebihan software ini,anda sendiri boleh menetapkan sendiri nama jaringan anda serta menentukan kata kunci bagi tujuan keselamatan jaringan yang telah anda cipta.Anda juga dapat mengawal sebarang pergerakan pengguna yang menggunakan jaringan anda.Antara penambahbaikan pada versi kali ini adalah seperti berikut : 




Release Notes

  1. Dispatch Dashboard stability improvements
  2. Product activation bug fixes 
  3. Licensing Bug Fix: Fixed bug where Lifetime Licenses were shown with fictional expiration dates Compatibility with Download Accelerator Plus 10: DAP 10 users could not access the Dispatch Dashboard, and got only a ‘spinner’ when attempting to display it. If you have DAP 10 installed, or the Dispatch Dashboard show only as a ‘spinner’ on a white background, disable ‘Use Dashboard via file://’ in the Options menu of the Dispatch system tray icon, then close and reopen the dashboard.
Connectify 5.0.1
Serial Key

BINA PELAYAR WEB ANDA SENDIRI MENGGUNAKAN VISUAL BASIC

Selamat Petang..makan goreng pisang best jugak petang-petang camni...tapi malas pulak nak pegi beli...huhuhu...ok..kali ni saya nak share satu tutorial menarik iaitu cara untuk membuat sendiri browser web menggunakan visual basic.Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menjadikn browser buatan anda lebih menarik.Sebenarnya,tutorial ini di berikan oleh salah seorang sahabat dari Rileks Community yang sedang ingin memantapkan lagi bahasa Inggeris beliau memandangkan beliau akan memasuki German High School pada tingkat empat kelak.Sama-samalah kita doakan kejayaan beliau.Ikuti tutorial di bawah,melalui video tutorial yang di sediakan oleh beliau sebagai panduan :


Part I: Click Here!
Part II: Click Here!
Part III: Click Here!
Download code: Click Here!

Semoga Berjaya. . . . .

CREDIT TO : RotiHangus HC RC.MY

TIPS JIMATKAN KUOTA INTERNET ANDA

Adehhh...masalah..masalah...selama ni guna internet gratis,lepas semua dah kantoi,terpaksalah guna yang berbayar semula.seperti biasa,aku tak boleh duk diam,mulalah nak mankaji.Berdasarkan pengalaman aku yng tak sampai beberapa hari ni,aku akan kongsi beberapa tips yang boleh di cuba untuk jimatkan kuota internet : 




PERKARA-PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN


  1. Jangan stream video,contoh : Youtube,facebook n etc....
  2. Jangan stream muzik,contoh : lagu blog,radio n etc. .. 
  3. Kurangkan refrest page
  4. Guna add-ons atau extension ads-block untuk sekat paparan iklan pada laman web.

Add-Ons Mozilla Ads-Block    ==>> Download Here
Extension Chrome Ads-Block   ==>> Download Here

     8.   Jangan download/upload file yang terlalu besar saiznya.

     9.   Jangan menggunakan perkhidmatan download P2P seperti torrent.

     10.  Offkan segala Auto Update seperti window update,software update

    11.  Gunakan squick proxy,untuk window follow cara pemasangan di bawah :

Muat Turun terlebih dahulu ==>> Squid Proxy.Zip [ Password : akin07.blogspot.com ]


1. Ekstrak semua file ke dalam drive C:\ sehingga Anda boleh membuka file ini di C:\squid\panduan instalasi.txt.
2. Double klik file "install.bat"
3. Tunggu beberapa saat hingga muncul tulisan macam ni:

C:\squid-2.7-STABLE7-GBK\squid>echo off
2010/02/23 17:46:21| Creating Swap Directories
2010/02/23 17:46:24| Starting Squid Cache version 2.7.STABLE7 for i686-pc-winnt.
..
2010/02/23 17:46:24| Running on Windows XP

4. Tekan Ctrl + C, Jika muncul pertanyaan "Terminate batch job? (Y/N)" Jawab dengan: n dan tekan [Enter]
5. Jika sudah muncul tulisan macam ni, proses pemasangan telah selesai.
....
Registry stored HKLM\SOFTWARE\GNU\Squid\2.6\Squid\CommandLine value -D
Press any key to continue . . .

6. Aktifkan service Squid dengan melalui Control Panel > Administrative Tools > Services. Cari service bernama "Squid" Klik "Start" pada panel sebelah kiri.
7. Seterusnya Anda perlu mengubah setting Browser Anda. Arahkan proxy pada browser anda ke alamat "localhost ( 127.0.0.1 )" dengan port "3128" .


LANGKAH UNINSTALASI:
--------------------
1. Double klik file "uninstall.bat"
2. Tunggu hingga Command Prompt Anda menampilkan:

C:\squid-2.7-STABLE7-GBK\squid>echo off
Service squid deleted successfully.
Press any key to continue . . .

3. Selesai.


MELIHAT CATATAN AKSES:
----------------------
1. Run As Administator file "melihat-akses-log.bat"
2. Lihat ke bawah untuk melihat log yang lebih baru. Pada bahagian kiri bawah menunjukkan posisi log yang sedang Anda lihat dari keseluruhan akses yang tercatat.
3. Untuk keluar, Anda hanya perlu tutup jendela Command Prompt tersebut.

TEORI

Secara teorinya,mengikut kefahaman dan penbacaan aku,setiap kali kita bukak sesuatu laman web kita akan download apa yang terdapat dalam laman web tu seperti gambar dan text tulisan.Squid proxy ni akan bertindak menyimpan cache kandungan web yang kita pernah kunjungi.Maknanya,ia akan simpan kandungan dalam web tersebut,so kita tak perlu download buat kali kedua,jadi kuota kita dapat di jimatkan.Hanya kandungan baru yang akan di load.Maknanya,jika sepatutnya load 500kb,jika data baru hanya 10kb,hanya data baru yang akan di load,yang lain-lain akan di ambil daripada kandungan lama yang telah di simpan sebelum ini,anda dah berjaya jimat 490kb dari asal.

Sekian dan semoga bermanfaat.

CREDIT TO : Solo Teckno






SIMPAN WEBPAGE SEBAGAI PDF

Lama betul tak update blog,lansung takde masa.Tapi sekarang dah start cuti sem,i'm a free man now huhuhuhu...OK,saya akan kembali tulis tutorial pasal komputer.Pada tutorial kali ini,saya akan ajar macam mana nak save webpage yang kita kunjungi dalam fail berbentuk pdf.Biasanya,kita ingin menyimpan artikel menarik untuk rujukan masa hadapan atau sebagai bahan penting untuk di jadikan panduan tanpa perlu guna internet lagi untuk akses ke pautan yang kita pernah kunjungi.Caranya simple,just follow step di bawah :


CHROME DAN MOZILLA

  1. Klik ke sini untuk chrome Save As Pdf Extension
    Klik ke sini untuk Mozilla Firefox Save As Pdf Add-Ons
  2. Klik pada ADDED TO CHROME,kaedah sama juga pada mozilla.

KLIK UNTUK BESARKAN
3.  Pasang sehingga selesai,jika berjaya anda akan lihat terdapat icon kecil pada penjuru kanan chrome  atau mozilla anda.

4.  Kalau nak Save webpage yang anda kunjungi,klik saja pada icon tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN
Note : Kelemahannya adalah tidak dapat menyimpan webpage yang memerlukan anda login terlebih dahulu.


Senang je kan....selamat mencuba. .. .


MELEPASI SEKATAN UMUR DI YOUTUBE

Pernahkah anda jumpa video dekat youtube yang meminta pengesahan umur dari anda sebelum menonton.

Contoh http://www.youtube.com/watch?v=dlfhoU66s4Y

Mesti akan keluar Sorry, this content is age-restricted.
Bagi mengatasi masalah ini,just simple lakukan ubahsuai pada link video tersebut seperti cara di bawah :


  1. Berdasarkan contoh video di atas,kod video tu ada kat belakang iaitu dlfhoU66s4Y
  2. Sekarang ambik  http://www.youtube.com/v/ letak kod video kat belakang.
  3. Macam ni http://www.youtube.com/v/dlfhoU66s4Y
  4. Sekarang anda telah berjaya bypass sekatan umur tersebut.

TUTORIAL MENARI BERSAMA YOUTUBE

Pagi jumaat ni aku akan update satu tutorial.Sementara nak tunggu turn basuh baju,biasalah duk kat umah sewa ni,semua benda nak kena ikut turn.Tutorial yang aku akan tulis pagi ni ialah cara untuk buat youtube menari Harlem Shake,Bagi yang belum tahu apa itu Harlem Shake..Harlem Shake ialah tarian yang tengah meningkat naik selepas Gangnam Style..nak tahu lebih detail tengok sendiri kat youtube.Dalam tutorial ni,bukan manusia yang menari tapi objek kat laman youtube..Follow tutorial di bawah :



Pergi ke Youtube

Di ruangan search, taip
do the harlem shake

Tekan "Enter"

Tunggu 10saat dan anda akan dapat tengok
objek pada skrin anda menari dengan iringan muzik lagi...segala
fonts,gambar,imej akan bergerak-gerak...

CREDIT TO : akatsuki RC.MY

BINA BLOG DAN WEB HOSTING PERCUMA DARI HOSTINGER

Assalamualaikum kawan blogger semua,

Bagi yang ingin punya blog peribadi, jom gabung dengan komuniti Hostinger Malaysia - perkhidmatan web hosting percuma terbesar di Malaysia.




Hostinger menyediakan perkhidmatan web hosting dan subdomain 100% PERCUMA untuk membantu anda membina blog dengan cepat dan mudah - tanpa iklan, kontrak maupun had masa. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Hostinger sebagai media belajar mahupun niaga online. Dengan "Pemasang Automatik" yang disediakan, anda boleh mencipta blog dengan perisian CMS seperti Wordpress, OpenBlog, Joomla, Drupal, b2evolution, dan banyak lagi dalam sekejap sahaja. Sila lihat koleksi perisian kami di http://www.hostinger.my/forum/content-ma...-bole.html

Ingin install CMS Popular seperti Wordpress dan Joomla pada laman web, sila lihat tutorial berikut:
Wordpress: http://www.hostinger.my/forum/tutorial/8...lam-m.html
Joomla: http://www.hostinger.my/forum/tutorial/2...-joom.html


Kami menyokong script laman web terkini. Ciri-ciri yang kami berikan antara lain:
  1. Ruang storan 2000 MB
  2. Bandwidth 100 GB
  3. Support PHP Versi 5.2, 5.3, 5.4 dan Database MySQL
  4. Website Builder, Web Templet dan Pemasang Automatik
  5. Subdomain gratis (.zz.mu, .besaba.com, .pusku.com, dan banyak lagi)
  6. Sokongan dan Bantuan Dalam Bahasa Melayu!
Sila bina blog dan laman web anda sekarang juga! Anda boleh membina blog peribadi, profil syarikat, laman web iklan, forum komuniti, kedai online, dan banyak lagi. Untuk mula menggunakan perkhidmatan kami, sila lihat tutorial kami di: http://www.hostinger.my/forum/tutorial

Dan untuk blogger yang ingin menjana wang online, sila juga gabung dengan Program Affiliate Hostinger kami! Ajak orang untuk bergabung dengan Hostinger dan dapatkan wang tunai $100 dan hadiah-hadiah menarik lain. Sila lihat maklumat lanjut di : http://www.hostinger.my/program-affiliate

SUMBER : Hostinger Malaysia
Like Us On Facebook

TUTORIAL MEMBINA ICMP TUNNEL

Agak sukar sebenarnya saya nak share tutorial ini,maklum lah tutorialnya agak rumit tetapi saya takut saya juga akan lupa ilmu yang berguna ni satu masa nanti.So,lebih baik rasanya simpan kat blog ni sebagai rujukan masa depan.Apa itu ICMP..Menurut penerangan ringkas lagi padat daripada DoRsH Omghackers.com :

        Apa itu ICMP? Ia adalah singakatn untuk (Internet Control Message Protocol), di mana ia adalah protokol yang digunakan untuk membantu "error handling" dan prosedur pengaturan "control procedure". Protokol ini bekerja pada "network layer" dan berurusan dengan servis sambungan "connection services". Tugas ICMP adalah menyediakan pengendalian ralat (error control ) dan pengendalian arus (flow control) pada network layer. 
         Kegiatan yang berjalan di Internet dipantau secara teliti oleh router. Jika terdapat sesuatu yang tidak diingini, kejadian tersebut akan dilaporkan oleh ICMP. ICMP mengesan keadaan ralat (error) seperti kesesakan internetwork (internetwork congestion) dan hubungan yang terputus, lalu memberitahu IP (Internet Protocol) dan protokol pada layer atas sehingga paket-paket dapat dihantar ke tempat yang bermasalah. 
   Kadang kala ada network yang menghalang semua port TCP dan mengawalnya, tetapi masih lagi mempunyai PING yang baik ke atas internet. Kenapa tidak guna sahaja ICMP packet untuk membuat terowong (tunnel) ke atas internet dan seterusnya menggunakan internet. 

Jadi saya akan memberi tutorial ringkas untuk bina sendiri ICMP Tunnel.Maaflah kalau tak faham.

KEPERLUAN UTAMA YANG PERLU ADA


  1. VPS              - Usahakan yang trial untuk pembelajaran dan OS linux debian,sebab saya hanya mahir pada Os linux debian.
  2. Tunnerlier      - Untuk login ke shh anda di VPS.
  3. Ptunnel          - Icmp tunnel
  4. WincPcap      - Port Forward
  5. Proxifier         - Jadikan ICMP Tunnel seperti VPN
Pastikan anda telah ada host dan port shh vps anda,normalnya 22,username dan password juga.

LANGKAH 1 : INSTALL PTUNNEL DALAM VPS

  1. Install Tunnerlier dan open.
  2. Masukkan segala maklumat VPS anda seperti host dan port pada sebelah kiri dan username dan passowrd pada kolum sebelah kanan.
  3. Login sehingga keluar Comand Prompt,Masukkan syntax berikut untuk install ptunnel :

apt-get update
apt-get upgrade 
apt-get install ptunnel 
ptunnel $ 
     4.   Ptunnel $ adalah untuk jalankan Ptunnel anda pada VPS. 

LANGKAH 2 : SETUP ICMP TUNNEL


  1. Logout vps anda pada Tunnelier tapi jangan close lagi.
  2. Cut Ptunnel.exe yang anda telah muat turun,paste pada directory system32 supaya mudah nak paggil balik guna CMD.
  3. Buka CMD dan Taip syntax di bawah :


ptunnel -p  Host anda  -lp 8080 -da 127.0.0.1 -dp port host anda

    4.   Gantikan data yang berkaitan dengan data anda seperti yang di nyatakan.
    5.   Pada tunnerlier tukar host dan port kepada 127.0.0.1 dan port 8080
    6.   Pergi pada kolum service dan tanda ENABLE pada SOCK / HTTP FORWARDING dan setkan
          kepada 127.0.0.1 port 1234

LANGKAH 3 : JALANKAN ICMP TUNNEL


  1. Selepas semua dah setup,klik login pada tunnerlier.
  2. ICMP tunnel anda telah berjalan.
  3. Supaya icmp tunnel anda menjadi VPN,buka proxifier pergi ke options > Proxy Settings
  4. Masukkan Address dan Port seperti berikut : 


Address 127.0.0.1 Port 1234

Jalankan browser anda,jika berjaya cuba periksa IP anda samaada telah berubah atau tidak.Jika berubah anda telah berjaya menggunakan Icmp tunnel anda.Maaf jika tutorial saya membuatkan anda pening.jika ada sebarang pertanyaan sila nyatakan pada ruangan komen. 

JOM CUBA TUNNELGURU VPN

TunnelGuru adalah merupakan sebuah perkhidmatan vpn yang menawarkan servis yang cepat,selamat dan di percayai.TunnelGuru menawarkan protocol yang terdiri daripada ICMP,UDP,TCP,HTTP dan terowong SSL.Kelebihan VPN ini ada di nyatakan pada laman web rasmi TunnelGuru seperti di bawah : 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TUNNELGURU

Selain kelebihan tersebut,TunnelGuru juga turut menawarkan harga yang berpatutan kepada sesiapa yang berminat ingin melanggan servis yang di tawarkan,bagi yang mempunyai akaun paypal boleh membeli terus dari pihak TunnelGuru.Bagi pengguna Malaysia yang berminat ingin melanggan servis TunnelGuru tetapi buntu untuk proses pembayaran dalam malaysia boleh menghubungi saya pada e-mail di bawah :

akinjunior7@gmail.com

SENARAI HARGA :

 PELAN BASIC                  10GB/bulan            ===>>  RM 12.00

PELAN DELUXE               30GB/bulan            ===>>  RM 16.00

PELAN UNLIMITED         Unlimited/Bulan       ===>>  RM 23.00

*shhh vpn ni leh bypass quota tau,already tested kat maxis postpaid lain-lain tak try lagi...

Anda di nasihatkan menggunakan akaun trial terlebih dahulu,bagi mendapatkan akaun trial sila ke laman web rasmi TunnelGuru.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh berkunjung sendiri ke laman web rasmi TunnelGuru pada pautan di bawah :