PROGRAM IJAZAH DI POLITEKNIK TAHUN DEPAN
SEREMBAN – Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.
Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.
“Insya-Allah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini hari ini. – BERNAMA