SUMATRA PDF : PEMBACA PDF TERKECIL

Adakah anda sedang mencari PDF Reader yang ringan,bersaiz kecil tetapi berfungsi dengan sempurna? Sumatra PDF adalah jawapannya! Sumatra PDF merupakan perisian sumber terbuka percuma yang menyokong format seperti PDF, XPS, eBook (ePub, Mobi), CHM, DjVI dan Komik Buku (CBZ dan CBR) pada sistem operasi Microsoft Window. SumatraPDF amat pantas apabila di buka dan dilengkapi dengan antara muka yang bersih dan mudah di fahami. Saiz fail yang kecil menjadikan ia sesuai untuk peranti mudah alih, sebagai contoh USB Drive. Selain ciri-ciri asas seperti zoom dan cetak, Sumatera PDF menyokong pelbagai mod tontonan, contohnya skrin penuh dan mod persembahan serta pintasan papan kekunci. PDF Reader juga termasuk plugin yang boleh dipasang pada persediaan untuk melihat dokumen PDF dalam Firefox, Chrome dan Opera.Berdasarkan pengalaman peribadi,SumatraPDF memang sesuai di jadikan pengganti kepada AdobePDF kerana penggunaan memori yang terlalu sedikit berbanding AdobePDF.AdobePDF memerlukan sekurang-kurangnya 40MB manakala sumatraPDF hanya 4MB!!..Amat sesuai untuk komputer yang ber spesifikasi rendah. .berikut antara paparan muka perisian ini : 


KLIK UNTUK BESARKAN
KLIK UNTUK BESARKAN
KLIK UNTUK BESARKAN