WINDOW SHORTCUT EDITOR UNTUK EDIT SHORTCUT ICON

Perasan kah anda apabila kita memasang sebarang software akan keluar icon pada desktop,dan pada icon tersebut pasti terdapat tanda anak panah pada bucu bawah icon.Adanya anak panah tersebut boleh mencacatkan pandangan icon kita.Oleh itu,kita perlu membuang atau mengubahsuai icon tersebut supaya kelihatan lebih menarik atau membuang terus anak panah tersebut.Caranya mudah sahaja,saya akan akan buat tutorial ringkas kat bawah,follow je step by step ye,first anda perlu muat turun terlebih dahulu archive yang telah saya siapkan kat bawah :

WindowShortcutArrowEditor.ZIP


Kat dalam tu mengandungi perisian untuk semua jenis window,window 8,7 dan vista dan sedikit koleksi arrow icon yang cun dari yang default.

Berikut adalah paparan perisian yang akan di gunakan,perisian ini bersifat portable,jadi anda tidak perlu install..cuma lebih afdal sila run as administrator.

KLIK UNTUK BESARKAN


Window Default  - Jika ingin kembali ke tetapan asal.

Classic Arrow     - Versi biasa tanpa kesan khas ataupun 3D.

No Arrow           - Jika ingin membuang terus.

Custom               - Jika ingin menukar dengan icon arrow yang lain yang lebih cun.

  1. Caranya,just pilih mana-mana tetapan yang anda mahu dan restart komputer anda untuk melihat    kesannya. . salah satu contoh kesan adalah seperti gambar di bawah.
  2. Bagi yang memilih ingin menukar tanda anak panah tersebut,sila pilih custom dan pilih gambar yang akan di jadikan ganti.Pastikan berformat .ICO.Sedikit gambar telah di bekalkan di dalam archive yang telah anda muat turun sebentar tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Selamat Mencuba. . . .