BINA WIFI HOTSPOT PADA WINDOWS

Assalamualaikum....lama sangat...sangat..sangat tak update blog ni.Maaflah,terdapat beberapa masalah yang tidak dapat di elakkan menyebabkan aku mengalami tekanan jiwa yang melampau sampai nak update blog pun takde mood..hehehe..ok,berbalik kepada cerita asal..sebelum ni kalau nak buat hotspot internet kat pc untuk sharing sambungan internet dengan smartphone,tablet or ape-ape aje,kita biasa guna software daripada pihak ketiga kan,contohnya Connectify.Tapi connectify kita kena beli,pastu skrang nak crack pun susah,cari yang crack akhirnya kena virus.Cara yang aku akan ajar ini adalah cara manual yang sangat berkesan dan telah di cuba sendiri oleh aku,terdapat dua cara,tapi kali ini aku ajar cara pertama dulu ye.Follow step di bawah.

LANGKAH-LANGKAH

1. Pergi ke START>All Programs>Accessories cari  Command Prompt ( CMD ) kemudian Right-Click,pilih Run As Administrator.

KLIK UNTUK BESARKAN
2. Akan keluar jendela hitam,kemudian taip Command di bawah :

netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=MyWifi key=Mypassword

MyWifi - Gantikan dengan nama wifi hotspot yang anda mahu.
Mypassword - Gantikan password yang anda mahu,minimun 10 chart.

Selepas tu,tekan ENTER

KLIK UNTUK BESARKAN
3. Selepas anda tekan enter,akan keluar macam gambar bawah ni :

KLIK UNTUK BESARKAN
4. Ok..minimize dulu..sekarang,pergi kepada Network Icon,Masuk ke Open Network And Sharing Center

KLIK UNTUK BESARKAN
5. Lihat sebelah kiri,pilih Change Adapter Settings

KLIK UNTUK BESARKAN
6. Pergi ke adapter sambungan utama,dalam kes saya,sambungan utama saya Maxis 3G-New,Righ-Click>Properties> Kolum Sharing

KLIK UNTUK BESARKAN
7. Ikut tetapan di bawah :

KLIK UNTUK BESARKAN
8. Ok..bila dah selesai,buka balik CMD yang kita minimize awal-awal tadi.

9. Connect dulu sambungan internet anda.

10. Taip Command di bawah dan ENTER :

netsh wlan start hostednetwork
KLIK UNTUK BESARKAN
Ok..sekarang wifi hotspot anda telah selesai,sila gunakan password yang telah anda tetapkan.Bagi yang belum jelas,bolehlah muat turun video tutorial di bawah,supaya lebih faham.


TUTORIAL BINA WIFI HOTSPOT SECARA MANUAL

UPDATE : Lepas anda dah setup semua,next time kalau nak buat hotspot just klik 2 kali fail HOTSPOT.bat yang saya dah buat kat bawah ni,hotspot anda akan ON:


HOTSPOT.ZIP