FILE MANAGER TELAH HADIR UNTUK WINDOWS PHONE

Terlebih dahulu terima kasih di ucapkan kepada portal Amanz.my kerana telah mengemaskini tentang perkembangan terbaru windows phone.Rasanya belum terlambat untuk saya menulis artikel ini walaupun terlewat sehari.Secara rasminya pihak Microsoft telah melancarkan aplikasi File Manager untuk Windows Phone.File Manager ini di beri gelaran Files.Dengan menggunakannya, Files membenarkan anda mengurus fail pada storan telefon atau kad-SD, membuat folder, dan membuat carian fail terus melalui aplikasi. Selain itu, ia turut sama membolehkan anda membuat salinan, menamakan semula atau mengalih fail selain hadir dengan fungsi “mark” untuk kemudahan perkongsian padanya.Dengan ini,maka Windows Phone semakin lengkap,di harap pada masa akan datang,Files akan di kemaskini dengan fungsi-fungsi yang lebih menarik.

Sekitar Aplikasi Files

Bagi pengguna Windows Phone yang berminat menggunakan Files,boleh memuat turun aplikasi ini pada Windows Phone Store secara percuma kepada pengguna Windows Phone 8.1 :

Muat Turun Files