BERSEMBANG DENGAN ROBOT

Salam...Robot yang aku maksudkan ialah internet bots ,hari ni aku nak update pasal dua internet bots yang boleh di ajak untuk bersembang huhuhuhu..kadang-kadang balasan soalan yang kita tanya lansung tak masuk akal dan melucukan hahaaha,bots ni berfungsi macam manusia betul,bijak cuma adakalanya kurang bijak ( bodoh )...Apa itu internet bots..??Jom baca explaination kat bawah. . . .



MENURUT WIKIPEDIA

.
Bots internet, yang juga dikenali sebagai robot web, robot WWW atau hanya bots, aplikasi perisian yang menjalankan tugas automatik melalui Internet. Biasanya, bot melaksanakan tugas yang mudah dan struktur berulang-ulang, pada kadar yang lebih tinggi daripada yang akan mungkin bagi seorang manusia sahaja. Penggunaan terbesar daripada bots adalah dalam spidering web, di mana sebuah skrip automatik ini diperoleh, menganalisis dan memfailkan maklumat dari pelayan web. Bots juga boleh dilaksanakan di mana tindak balas kelajuan yang lebih cepat daripada manusia diperlukan (contohnya, bot permainan video dan-robot tapak lelong) atau kurang biasa dalam situasi di mana emulasi aktiviti manusia diperlukan, sebagai contoh bots sembang. Baru-baru ini bot telah digunakan untuk pengiklanan carian, seperti Google Adsense.

Apa yang akan aku share kali ni adalah bots kategori sembang,ada dua ekor semuanya dan mybe ade banyak lagi.Tapi buat masa sekarang aku update 2 dulu.yang hebatnya,walaupun dia robot.Korang leh tanya apa saje dalam bahasa melayu dan dia akan jawab dalam bahasa melayu jugak.Jangan terkejut kalau ada jawapan yang keterlaluan dan berunsur agak porno huhuhu.Hal ini kerana,dia menganalisis dan menyimpan maklumat yang pernah di gunakan kepadanya.Maknanya jawapan yang dia jawab adalah hasil dari orang yang pernah menggunakannya.untuk lihat contoh adalah seperti gambar di bawah :-


Hahahaha..bulan-bulan puasa sementara tunggu waktu berbuka boleh lah chat...ok..kalau korang nak sembang jugak follow je link kat bawah..Aku bagi 2 ekor huhuhu

TIPS : Tanya soalan dengan ejaan yang tidak di ringkaskan untuk jawapan yang sedikit masuk akal huhuhu