CARA MENCEGAH DARI BAHAN PORNO DI INTERNET

Dunia pada hari ini telah berkembang dengan pesatnya dengan adanya internet,ramai orang menggunakan internet untuk pelbagai tujuan.Daripada sekecil-kecil kerja hingga lah kerja yang melibatkan perkara yang lebih besar.Malahan,internet juga menawarkan hiburan yang berbayar dan percuma.Namun,dalam keseronokan kita berinternet,kita sering terdedah dengan perkara-perkara yang negatif seperti porno yang kadang-kadang menjelma tanpa kita mampu menyekatnya ataupun menempel di laman-laman yang tidak sepatutnya wujud unsur sedemikian.Jika kanak-kanak yang di dedahkan perkara sebegini secara terbuka,mungkin boleh menyebabkan mereka terpengaruh dan akhirnya merosakkan akhlak mereka kelak.Oleh itu,berbalik pada isu di atas saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah tool kecil percuma yang hanya bersaiz 40kb yang berguna untuk menyekat perkara porno d internet.Cara kerjanya mudah,anda hanya perlu aktifkan tool ini semasa anda berinternet,apabila anda termasuk ke laman yang tidak sepatutnya,maka browser anda akan tertutup dengan sendirinya.Mudah bukan konsepnya.Bagi menutup tool ini,anda hanya perlu klik close.Selesai..Tool ini di buat oleh saya sendiri dan source code nya daripada saudara seberang oleh itu mungkin terdapat beberapa kelemahan sesuai dengan saiznya yang kecil.Tetapi berfungsi dengan baik.Anda cubalah sendiri.Sebarang cadangan atau komen sila nyatakan pada rungan komen.