JOM KENALI APA ITU TORRENT

Emm...biasa tak jumpa fail format .torrent atau perkataan DOWNLOAD WITH TORRENT..Adakah anda tahu dan faham apa itu torrent..??..Bagi yang belum mengetahui,saya akan menjelaskan setakat kefahaman saya berkaitan dengan torrent.

Torrent merupakan salah satu kaedah perkongsian fail ataupun kaedah download yang menggunakan kaedah P2P atau dalam bahasa inggeris PEER-TO-PEER.Kaedah P2P ialah sebuah kaedah yang menghubungkan antara dua komputer atau lebih untuk penghantaran data dalam sesebuah jaringan.Ketika kita memuat turun sesuatu fail melalui torrent,dalam masa yang sama seluruh komputer di dunia yang memuat turun fail yang sama akan saling bertukar data antara satu sama lain.Untuk menggunakan torrent,dua benda yang di perlukan.


1. File *.torrent ( bersaiz kecil kerana hanya berfungsi menyimpan maklumat berkaitan fail yang akan di muat turun ).

2. Client ( aplikasi untuk mendownload .torrent )

Sebelum menggunakan torrent,anda perlu mengenal beberapa istilah umum dalam menggunakan torrent



Seeder : Adalah sebutan untuk seseorang yang telah selesai memuat turun fail. Ketika ini tugas Seeder hanyalah memuat naik seluruh fail yang telah selesai di muat turun  kepada pengguna lain yang belum selesai memuat turun (Leecher). Setelah menjadi Seeder, dia tidak lagi melakukan proses muat turun sebaliknya ialah proses muat naik.

Leecher : Adalah sebutan untuk seseorang yang sedang memuat turun fail. Leecher melakukan dua proses transfer secara bersamaan, iaitu memuat turun dan memuat naik. Mengapa memuat naik ? Kerana dia juga harus berkongsi fail yang dia punya kepada orang lain yang belum selesai memuat turun. Itulah prinsip Torrent yang utama, iaitu harus saling berbagi satu sama lain.

Tracker : Adalah sebuah server pusat yang mengandungi informasi mengenai jumlah seeder dan leecher.

Kelebihan memuat turun fail melalui Torrent adalah proses muat turun kadangkala dapat menjadi lebih cepat. Mengapa ? Karana kecepatan download dapat dipengaruhi oleh jumlah seeder dan leecher. Semakin banyak jumlah seeder dibandingkan leecher maka proses download menjadi lebih cepat, karana banyak seeder yang membantu mengirimkan data kepada kita. Sebaliknya apabila semakin banyak jumlah leecher dibandingkan seeder maka proses download menjadi lebih lambat, karana kita di bebani dengan proses upload kepada ramai pengguna.Selain itu,fail yang telah bertahun-tahun di upload masih berfungsi dengan baik berbanding file bukan torrent yang tidak bertahan lama link nya.Kesimpulannya,torrent masih tidak ketinggalan untuk di guna pakai pada hari ini walaupun kaedah ini telah lama di perkenalkan.Tidak semua file boleh di download dengan download manager biasa.Kadang-kadang kita memerlukan bantuan torrent untuk fail-fail tertentu.