HOSTMYNE : FREE WEBHOSTING KARYA ANAK TEMPATAN

HostMyNe merupakan sebuah webhosting karya tempatan.Menurut pemiliknya Fariz Luqman yang berasal dari Ampang yang bertanggungjawab membangunkan Hostmyne Network Solutions,tujuan webhosting percuma ini di berikan pada kali ini adalah untuk membantu rakan-rakan yang sedang atau mencari webhosting percuma.HostMyNe akan menawarkan servis cPanel yang sebenar.Niat pemilik adalah sekadar ingin bersedekah dan jika ruang atau kuota tidak mencukupi,kemungkinan akan di naik taraf dari masa ke semasa mengikut keperluan.Setakat ini,hanya sebanyak 35 akaun percuma yang tinggal berkuat kuasa 31 Januari 2013.HostMyNe memerlukan ramai pengguna sebagai sokongan,oleh itu cepat-cepat dartarlah sekarang untuk mendapatkan webhosting percuma.Keterangan lanjut adalah seperti berikut.

Free Hosting Plan:
- 500 MB disk space
5,000 MB monthly transfer (quota)
- Pure cPanel (WHM) 11, and Webmail
- Fantastico DeLuxe Auto Installer
- PHP, CGI, Frontpage script
- File manager, SEO tools, Cloudflare
- Complete Function Lists

KLIK UNTUK BESARKAN


Sentiasa boleh di naiktaraf jika betul-betul memerlukan lebih banyak hard disk space/quota. Hostmyne ini baru sahaja ditubuhkan dan mula beroperasi sejak November 2012. Syarat-syarat untuk mendapatkan account free mudah sahaja, iaitu :

1. Tiada hacking stuff
2. Tiada b374k script dan seangkatan dengannya
3. Isikan details dengan tepat. (bubuh info yang agak-agak betul dan nampak boleh dipercayai pun diterima).

Contoh Penggunaan Yang Dibenarkan:
  1. Personal Blog, Collaboration sites etc
  2. Online shop
  3. CV/Online portfolio
  4. Laman web projek (boleh host document/file2 berkaitan projek)
  5. Dan apa-apa sahaja laman web yang tidak merbahaya pada diri sendiri dan orang lain.

Contoh Penggunaan Yang Dilarang:
  1. Hacking, DDoS etc (kami cuma bgi free hosting je)
  2. Host file lagu, atau apa-apa lgi copyright infringements (nanti DMCA serbu lingkup kami)
  3. Laman web cara-cara hendak membunuh orang, dan seangkatan dengan nya 
  4. Laman web lucah (ingat Tuhan, bawa-bawa mengucap) 
  5. Apa-apa sahaja laman web yang merbahaya (seperti mengundang FBI, CIA etc)
Bagi yang berminat,rebutlah peluang ini melalui pautan di bawah :