CARA MEMBUAT BUBU UDANG UNTUK UMPAN
Tiba-tiba je kan aku post pasal pancing.Sebenarnya,memancing memang salah satu hobi aku selain mengadap komputer.Kalau aku duk kat kampung time cuti memang aku selalu pegi mancing.Port aku biasanya area sekitar kampung or kem 16 dekat sungai terengganu mati sebab dekat sana ikan besar-besar dan senang makan pancing.Tapi kalau nak ikan besar-besar kena guna umpan yang special jugaklah.Dalam 2-3 hari yang lepas,aku cuba guna umpan udang busuk,berjaya jugak angkat baung saiz sederhana ke atas.Banyak juga aku dapat.So,udang ni kalau nak cari kena guna penyaut.Kalau malas,kita boleh cuba guna bubu.Bubu yang aku maksudkan ni memang khas untuk udang kecik-kecik je untuk di jadikan umpan.Caranya adalah seperti di bawah :
KLIK UNTUK BESARKAN |
TIPS :
- Pasang bubu udang pada kawasan yang mempunyai reba seperti buluh atau daun-daun sungai yang terkumpul.
- Atau,potong pokok yang lebat daunnya,letak di dalam sungai dan letak bubu di bawahnya.
- Umpan udang busuk amat sesuai memancing baung kerana baunya dapat menarik perhatian.
- Sangkut umpan udang bermula dari ekor ke kepala,kerana ikan amat menggemari kepala udang.